Sunday, 5 July 2015

Banjir 2014.

Assalamualaikum.. haa dah lama tak hapdate blog ni hewhew. Biasalah kalau weekend Kekzi (perasan :P) memang busy. Pepagi lepas sahur kena pergi solat kat surau tapi selalunya sempat melarikan diri hahaha. Jahat kan. Then lepas solat subuh tidur jap (tu pun kalau ayah takde). Pukul 9 tu akan ada panggilan yg amat seram iaitu makcik aku call ajak pergi pasar. Hewhew. Pastu my mom akan dtg kejut blablabla then ke pasar lah weollsss. Sampai laa pukul 12 lebih. Lepas zohor mesti or wajib adik adik ambe ajak pergi KBM. Biasa lah kat kelantan ni KBMALL je yg pemes. Sepanjang cuti tiga hari ni, tak pernah dapat tempat parking kat dalam. Ambe kena parking kat luar yg sememangnya sgt panas and bila ambe nak keluar nak balik rumah berlaku lah hujan lebat kilat petir dan guruh. Sebelum nak masuk kawasan KBM tu pun dah jam!! Dahsyat kann. Padahal KBM tu haku punyaa~~

Tadi time nak hantar my bro ke hostel kesayangan dia yg jarak sekolah dia dari rumah ialah 50 km! phewww bapak jauh. Redhoo je lah! , hujan lebat gila bersama sama dengan ribut. Tetiba teringat masa banjir besar yg berlaku kat kelantan tahun lepas. Tetiba berthrowback sensorang dlm kereta. Sangat dahsyat and menyayat hati. Kalau nak diingat balik memang tak teringat hewhew~

Tapi nasib baik rumah aku takde la teruk sangat. Tapi still dpt bantuan dari pelbagai pihak. Terima kasih. Sehingga hari ini still dpt bantuan banjir such as perfume, tilam, duit, beras, makanan, baju, bags, etc. Rakyat Malaysia sgt prihatin (yeke).  Time banjir haritu tersangat lah susah. Takde bekalan makanan, minuman, elektrik, air, internet and yg paling penting tak boleh charge phone and powerbank! Makan ubi sambil diterangi lilin sambil ditemani nyamuk. Hewhew. Tingkat dua rumah aku dinaiki air so weolls tidur kat tingkat 3 ( ceh nampak macam orang kaya je. takde la rumah kampung biasalah bertingkat tingkat ). Tidur bertemankan lilin and nyamuk sambil dengar deruan air and ombak dari sungai kelantan masuk dlm rumah. Sejuk la jugak sbb hujan pastu air masuk dlm rumah hahaha. Tidur atas sofa sambil tengok air masuk. Mama masak sambil mengadap air banjir gak. Kalau hujan kelihatan org kampung keluar dari rumah untuk mandi. My twin siap freehair and syampu. Aku tak boleh laa sebab aku period. So hampir seminggu aku tak mandi.
Boleh bayangkan tak aku ni dah la tak boleh solat pastu takde air. Okay titik psl aku. 



Haa macam best kan tapi terseksa uuuuu. Okay lain kali plk ye aku story psl banjir. Okay wanna sleeeeeppppp byebyeee!

Wednesday, 1 July 2015

15 Ramadan

Assalamualaikum.. harini dah masuk 15 Ramadan. So maksudnya 15 hari lagi nak raya. Okay baju kurung dua pasang checked Kemeja checked and apa lagi eh nak kena beli?? Haritu sibuk pegi beli baju untuk ayah and adikk adik sampai lupa untuk diri sendiri. Tahun ni aku and my twin yg handle nak beli baju yg mana satu untuk ayah and adik adik. Kalau mama tu x risau sangat sbb selalunya mama memang dah tempah awal awal baju raya dia. Ada la dalam empat lima pasang baju kurung. Kalau ayah dia tak kisah sangat ada ke takde baju raya. So memandangkan my twin and I ada kat rumah, weolls yg jo kako.

Agak excited sebab lusa ada Kelantan Festival. Festival ni start pukul 9 pagi sampai 12 malam. My friends and I decided untuk pegi pukul 7 lagi and kalau boleh lepas sahur solat and terus pergi. Hewhew. Yelah sebab kat Kelantan hanya 10 orang terawal je yg dpt duit raya sebanyak RM 100. 40 orang RM 50 and so on. Ada lah dalam 25 minit dari rumah aku. Kalau sekolah Naim tu 20 minit dari rumah. Tak sabar nak shopping raya. Tinggal nak beli dress, beberapa helai skirt and shawl. ececece banyak duit hangg. Alhamdulillah nasib baik ada duit untung jual tudung. Tu laa faedah menabung. Takyah menyusahkan parents.

Sekarang dah pukul 12.08 am and aku masih tak boleh lelapkan mata sebab petang tadi tidur dari pukul 7 pagi sampai 12 tengahari. Ni kali kedua aku bangun pukul 12 tengahari. Yang first tu masa aku, sapira and mai keluar pegi IOI and ICITY. Masatu kitorang balik pukul 1 pagi dari ICITY. shhhh jangan bagitahu ayah hehehehe. Okay yg paling best and agak boleh buat orang mati terkejut ialah masa nak masuk uitm tu kitorang ditahan oleh polis bantuan. Memula pakcik Polis tu membebel potpetpotpet pastu mintak kad matrik kitorang. Masatu dalam kereta ada 6 orang. Aku, sapira, mai, roommate mai and dua orang kawan roommate si mai tu. roommate mai laa yg drive pagi tu.

Nak dijadikan cerita, lepas pakcik polis tu ambik kad matrik kitorang, dia tengok kad tu sampai boleh tembus kad tu sambil cakap okay saya akan ambik kad awak semua and esok saya akan bagi kat pihak atasan. Salah sorang dari gegirls ni pun cakap la pakcik kitorang dah habis asasi laa. Then pakcik tu cakap ohh okay saya akan pegang kad awak ni and bagi kat pihak atasan. Awak tahu tak kalau saya bagi kad kad awak ni kat pihak atasan, awak tak akan dapat markah final awak dan awak tak akan dapat result awak. Awak tahu ke tak blablabla sambil meninggikan suara. Dalam minda aku terbayang aku tak akan dapat result and aku terbayang wajah mama ayah aku hahaha k lawak. Banyak lagi yg aku terbayang. Tapi yang paling lawak sempat lagi aku cakap dlm hati gelap la masa depan aku. Okay tu yg paling lawak. Pastu kitorang merayu kat pakcik tu mintak maaf berjuta kali dengan suara yg perlahan memandangkan situasi yg agak mencemaskan tu hewhew. Safira la yg bercakap yg pujuk pakcik tu. Thanks to Safira.

At last pakcik tu cakap okay kali ni saya maafkan awak semua memandangkan ni kali pertama awak semua balik lambat. Nah ambik ni sambil bagi balik kad kitorang. Aku yg paling hujung kat tingkap tu cepat cepat ambik kad kad tu and blablabla. Pastu kitorang masuk la kat kolej kediaman ( ke panggil apa lupa la ) dengan perasaan yg bercampur baur sambil dlm hati ni bersyukur sesangat. Then ada kisah dgn pakcik sewa kereta apa semua tu dah lupa dah sampai la pukul dua baru boleh masuk bilik. Kitorang berkampung kat bilik mai ye lah sbb bilik Mai tingkat 1 and time tu dah masuk hari ketiga tamat asasi. Boleh kira dengan jari orang yg tak reti nak balik kampung memasing. Sampai je bilik terus solat. Tetiba lepas kejadiaan tu semua orang macam diam je hahahaha. Lepas solat tu aku terus baring atas katil bersebelahan sapira. mai tidur dlm bilik dia dengan dia punya roommate. Esok tu semua orang terlajak subuh. Dalam pukul 7 lebih baru bangun. Pastu tidur balik. Tup tup pukul 12 baru bangun.

Ianya satu pengalaman yg cukup bermakna and cukup happy. Kami tiga orang lepak kat IOI main ice skating. Tetiga orang tak pandai main. Jatuh sesama. Gerak sesama sambil pegang tangan pastu jatuh lagi. Saling support menyaport. Pastu pegi makan and then yg last skali pegi iCITY. Masa kat iCITY tu kitorang dah penat gilaa. So masa main tu orang lain gelak gelak menjerit kitorang saling berpandangan and memasing muka xde perasaan sbb dah penat and mengantuk. And yg paling best ialah aku tak mandi pagi tu so thats why penat gila nasib baik tak busuk. Banyak gak aaa yg kitorang main sbb nak habiskan duit. Tapi ye lah disebabkan terlampau penat, kitorang main dengan tidak sepenuh perasaan hewhew. Tapi walaupun dgn tidak penuh perasaan, kitorang enjoy and happy sesangat. ececececece. Okay kat bawah ni gambar yg menyimpan seribu kenangan. Aiwahh.




Okay sekian untuk hari ini. Last but not least, I love you safira and mai!! Kalau panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi ye. Ingat, one day kita mesti pergi gak sunway lagoon sesama k. okay assalamualaikum good night!!