Monday, 21 March 2016
21/03/2016
Okay assalamualaikum.. dah lama tak menulis. Pertama sekali aku bersyukur sebab masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk meneruskan lagi hidup ini. Ya aku bersyukur dapat study kat UMP ni sebab aku dapat kawan kawan yang baik. Tapi takde yang satu kepala dengan aku. Hmm takpe lah aku redha sebab aku sedar diri ini dah tua usia semakin bertambah kubur memanggil manggil takkan lah nak hidup galok galok lagi. Aku bersyukur dapat kawan macam meksha. Dia seorang yg sangat rajin. Sumber inspirasi aku untuk teruskan hidup kat ump sebab kekadang aku malas nak study tapi setiap kali aku pegi bilik dia, dia mesti duk study. Suatu hari masa aku nak ponteng kelas, dia cakap " mekzi, ingat ko mama ayah mg" deep sangat. Then aku tak jadi nak ponteng. FYI, aku ni kaki ponteng suatu ketika dahulu. Aku pernah terbaca kat facebook "kalau selama 4 tahun ni, kerja kau hanya nak meniru, malas, maka sia sia lah kau belajar degree". Aku kalau boleh nak tebus balik kekhilafan aku masa kat PALAM suatu ketika dahulu. Aku tahu aku sangat main main dulu. Result pun cenggitu ler. Ya aku menyesal. Sangat. Sorry mama ayah.. sebab tak boleh nak jadi doktor seperti yg ayah impikan sejak aku kecik lagi. Ia sentiasa menghantui aku. Hmm. Aku risaukan kembar aku. hmm adikku, semoga dilindungi oleh ALLAH. Adik, jangan lah jauh sangat tersasar. Aku jauh darimu. Setiap hari aku risaukan kau. Aku mengongkong sebab aku sayang kau. Ingat lah asal usul kau. Ingat bahawa suatu hari nanti kita akan dipanggil menghadap Allah. Okay terlebih emosi. ASSALAMUALAIKUM..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment